Wednesday, November 21, 2012

Salah aku ke ?

Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira .

Salah ke kalau kita tak bersedia lagi nak menerima orang baru utk menjadi cinta hati kita ? Berdosa ke kita kalau nak berusaha melupakan cinta hati lama dulu sebelum menerima yg lain ? Ya Allah, ujian apakah yg kau berikan kepadaku .. aku tidak mahu membuat hati yg lain terluka , tidak mahu timbulnya rasa benci mereka pada diriku .. aku sememangnya bersyukur ya Allah kerana kau memberikan ku terlalu ramai pilihan tetapi kenapa , kenapa , kenapa hatiku masih ego dan keras untuk menerima dan memilih sesiapa .. Adakah belum tiba masanya lagi ? adakah aku belum jumpa orang yg sebenarnya ? Berikanlaa ku jawapan diatas persoalanmu nie ya Allah .. hamba jahil, hamba tidak mengetahui apa pun tapi kau maha kuasa keatas hamba dalam menentukan jalan hidup hamba .. Aku akui yg Allah sudah sediakan yg terbaik untukku , itulah bila pikir balik .  "Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yg lain akan dibukakan. Tetapi kita sering terpaku terlalu lama pada pintu yg tertutup sehingga tidak melihat dan sedar yg pintu lain sudah tersedia utk kita"  hmm,, aku tak sedar ke pintu yg lain sudah terbukak ? ke aku masih menantikan pintu yg tertutup itu terbukak ? entah laaa .. semua nie hanya merumitkan .. Perlu ke aku bersabar dulu ? terus menunggu sehingga aku betul betul jumpa ? tapi macam mana dgn yg lain .. boleh ke dorang terima keputusan aku nie .. takpe laa, buat masa nie misi seorang perempuan sebelum bertemu dengan jodohnya hanya ada tiga .. Pertama, melupakan kisah lama .. Kedua, berusaha menjadi yg TERMAHAL di mata lelaki .. Ketiga, perbaiki diri untuk menjadi yg terbaik supaya kita dapat yg terbaik .. InsyaAllah  .. 

Saturday, November 17, 2012

Bezanya Suka, Sayang dan Cinta




Saat kau MENYUKAI seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.

Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.

Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.


Saat kau menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"

Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"

Saat kau mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya...


SUKA adalah saat ia menangis, kau akan berkata "Sudahlah, jgn menangis."

SAYANG adalah saat ia menangis dan kau akan menangis bersamanya.

CINTA adalah saat ia menangis dan kau akan membiarkannya menangis dibahumu sambil berkata,
"Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. "


SUKA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan dan menawan."

SAYANG adalah saat kau melihatnya kau akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.

CINTA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata, "Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku, Alhamdulillah.."


Pada saat orang yang kau SUKA menyakitimu,maka kau akan marah dan tak mau lagi bicara padanya.

Pada saat orang yang kau SAYANG menyakitimu,engkau akan menangis untuknya.

Pada saat orang yang kau CINTAI menyakitimu,kau akan berkata,"Takpe dia hanya tak tahu sahaja apa yang dia lakukan sebenarnya...."


Pada saat kau suka padanya, kau akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.

Pada saat kau sayang padanya, kau akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.

Pada saat kau cinta padanya, kau akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus...


SUKA adalah kau akan menemaninya bila itu menguntungkan.

SAYANG adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.

CINTA adalah kau akan menemaninya tak perduli bagaimana pun keadaanmu.


SUKA adalah hal yang menuntut.

SAYANG adalah hal memberi dan menerima.

CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.


Friday, November 9, 2012

Tulang Rusukku ...

 Sebagai seorang insan bernama perempuan naluri mencintai, ingin dicintai, menyanyangi dan ingin disayangi sememangnya tidak dapat disangkal lagi . Dalam kehidupan ini Allah sudah menjanjikan kita akan hidup dalam berpasangan iaitu perempuan dan lelaki dan antara cepat mahupun lambat je semua itu akan hadir . bagi yang cepat, alhamdulillah syukur sangat dan bagi yang lambat percayalah Allah sedang sediakan yg terbaik untukmu dan ingin kamu mempersiapkan dirimu untuk menjadi yg terbaik . Cuma KESABARAN , ya kesabaran selalunya membuatkan manusia menyerah dengan ujian nie . Seperti aku, pernah mendapat kasih sayang yg manusia biasa menikmatinya ketika berada di alam "couple" . tidak dinafikan, memang seronok, bahagia, suka, gembira dan sebagainya .. Tapi itulah Allah maha adil, dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya lalu memisahkan hubungan yg sudah dijalinkan dan kadang kadang alasan perpisahan itu langsung sukar diterima pakai oleh akal kita .. Itulah kita dalam hidup nie .. sekuat mana kita jaga, sedalam mana rasa cinta, setenguh mana ikatan kita tapi jika ditakdirkan dia bukan untukmu maka itulah yang harus diterima . Kadang kadang manusia tak sedar apabila dia sudah kehilangan org yang dia cinta, kasih dan sayang maka dia sudah tidak mempunyai apa apa, kosong dan sunyi . Maka, haruslah ingat yang diatas sana masih ada untuk kita iaitu Allah . mengadulah dan merimtih lah kesedihan, kedukaan, kekecewaan dan kerungsingan yang dihadapi . Allah maha pengasih dan maha penyayang , InsyAllah dia akan membantu hambanya . Kadangkala orang yang paling mencintaimu tidak akan pernah menyatakan rasa cinta kepadamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya .Dan apabila dia hilang dari pandanganmu maka kau akan menyedari dia adalah cinta yang tak pernah kau sedari . Percaya kepada jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah , tak salah nak suka dan mencari kerana Allah tidak pernah melarang kita dari berusaha . Janganlah jadi seseorang yang hanya menunggu bulan jatuh ke riba . Setiap apa pun memerlukan usaha, usaha jangan dipandang dengan memikat orang . tidak , usaha mengenali orang, usaha menguji orang, usaha menilai orang dan usaha memahami orang . Allah tidak kejam cuma dia hanya mahu kita bersabar dan mencari apa yang sedang atau sudah disediakan olehNYA . Janganlah Bersedih wahai hati, Allah tahu apa yg kau inginkan . Imamku, Jodohku,Suamiku,Temanku dan Kekasihku .... Aku menunggumu :)

Thursday, November 8, 2012

Ciri Ciri Lelaki untuk dijadikan Suami :)

Assalamualaikum , hehe .. pelik tak aku boleh terfikir pulak nak tulis entry pasal nie . tak pe laa . sekali sekala , berdasarkan apa yang aku lihat dan kaji . inilah ciri ciri yang patut perempuan cari untuk dijadikan suami termasuk lah aku nie haa  . Dengan izin Allah , Insyaallah :D



AGAMA : Agama islam adalah agama yang paling sempurna . Adalah wajib bagi kita memilih bakal suami kita seorang yang beragama Islam . Hmm,, islam je tak guna jugak tau . Sebelum berkhawin, kena lah pastikan lelaki tu cukup ilmu agama, bukan setakat solat je yang kita cari, pandai baca al-quran, tahu tentang hukum hakam dan tahu cara menjadi pemimpin di dalam keluarga . Alhamdulillah aku nie dah ada ilmu tentang agama sebab dulu sekolah agama . walaupun tak banyak, insyaallah aku boleh ingat lagi . hehe , Mana yang kurang .. aku akan bantu, saling nasihat menasihati dan akan berkongsi ilmu dengannya sebab nobody's perfect :)

BERTANGGUNGJAWAB : Lelaki yang bertanggungjawab memang akan menjadi pilihan wanita . Tanggungjawab camno ? ishh .. yelaa ..  even kita belum kawen . kita boleh lihat sikap dia dengan orang sekeliling . terutama sekali macam mana dia menjalankan tanggungjawab sebagai anak.. macam mana dia melayan kedua orang tuanya .. penting tu, kalau dengan orang tua pon dia dah kurang ajar , x mustahil dengan kita 2x lebih ganda . Lelaki tu harus bersedia untuk menanggung segala dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak anaknyer . Besar tu tanggungjawab .. takod rasanya

SETIA : yeaahh ! nie laa yang kita kena jaga jaga . sebelum kawen tu kenali pasangan tu betul betul . Aku paling pantang laki mata keranjang . even dia setia kat kita pon,, rasanyer takperlu kot nak pandang perempuan lain . cukup menerima apa yang ada . tapi ada tau perempuan yang tak kesah . gila batu hati kau kak . tabik aku . hehe, pastikan dia mencintai kita seikhlas dan sepenuh hati . insyaallah, hatinyer untuk kita sahaja ..

HARTA : Ehh , bukan nak kata kita nie mata duitan ye .. tapi kan kalau gaji suami setakat 500-800 camtu . camne dengan perbelanjaan harian ? cmne dengan shopping kita ? kiki ^_^ alahh , shopping sekali sekala takpe kot . Makin lama, semuanya mahal .. so, kita kena pikir semua tu .. Lelaki pulak jangan pikir nak kawen je .. dia kena jugak bagi kebahagiaan kat bakal isteri dia . Jangan asek pikir susah sesama , memey laa susah sesama, tapi sanggupkah lelaki tu tengok perempuan terpaksa berkerja keras untuk sara keluarga . kalau kerja office or kerja di tempat yang selesa takpe laa lagipun wanita zaman sekarang nie semua berkerjaya . Maksud aku nie yang sampai kena jadi cleaner untuk sara family . sumpah kesian kalau aku tengok makcik makcik yang kat U tu .. penad weyhh , kesian kat dorang ..

BERPENDIDIKAN : Ni pon ... bukan laa nak kata kalau yang tak seberapa berpendidikan tu kita tolak . Tak , tu pun okay sebab dia lebih cepat memahami dunia luar, berpengalaman . Yg berpendidikan pulakk, yelaa, nanti dah ada anak.. atleast dorang boleh bangga gila dapat parents yang pandai, berpendidikan and tu buatkan dia nak jadi seperti kita or lebih . Lagipon pemikiran dorang yg berpendidikan nie berbeza sikit, Insyaallah segala urusan rumahtangga akan lebih berjalan lancar ..

RUPA : Hmm ,, aku nie tak memilih sangad , cukup laa sedap mata memandang . tak mintak yang henseemm pon... trouble nanti weyhh ! hehe .. kalau boleh cukup sifat laa macam ada telinga,hidung,mulut,mata dan sebagainyer .. yang peting muka ada nur , HAHA ! resepi nak muka ada nur .. solat 5 waktu , rajinkan kaki melangkah ke masjid . tak selalu, seminggu 2 kali pon jadi laa :)

BAIK HATI : Susah kan nak jumpa ? aku sangad sangad laa suka lelaki yang membantu orang yang susah dan kurang berupaya . Atleast dapat jumpa lelaki yang selalu sedekah dekat orang miskin kat pasar malam pon aku dah respect gila . Tak suka laki sombong, humble je laa weyyhh . hidup nie bukan kita selalu kat atas je .. Peramah tu penting woo ! yelaa , nak tambat hati family aku nie bukan nyer senang . nak tambat kena tambat termasuk sedara mara aku jugak . siap sedia je laaa :p

MEMAHAMI : Memahami antara satu sam lain menjanjikan kebahagiaan yang abadi . yess ! i agree with that . sebab aku nie dari dulu sampai sekarang tak jumpa jumpa jugak orang yang memahami aku . kesiaan kan ? hmm ,, mybe Allah nak kasi aku mencari dan terus mencari kot . Sifat perempuan nie bukan senang nak paham . aku nie pon pelik sikit orangnyer . huhu , member rapat pon susah nak paham aku nie . aku insyaallah boleh menerima kekurangan pasangan aku tapi kita kena cari yang serasi bersama . cewaah ! Berbeza tapi boleh ngam .. kan sweet gitu :p

TAK EGO : Aku paling tak suka tengok lelaki ego . ya allah , sabar je laa . aku tahu laki nie dalam dirinyer patut ada sekelumit keegoaan tu . tapi kalau dah ego melampau lampau siapa tahan kan ? yelaa , perempuan nie nak jugak rasa kasih sayang yang sebenar dari bakal or suaminyer . Kalau dah asik serius, nak menang sorang and dia je betul .. sape yang tak tension kan ? Lagi satu tak suka laki yang panas baran , cukup tegas sikit sikit dah laa .. nak marah je ,, aku pun nak lari rumah mak aku kalau cmtu,dah laa aku nie kuat sentap .. kalau dapat yang sporting kat bestt . perrghh ! tapi jangan sporting sangad nanti aku pijak kepala lak . hehe

TAK CEMBURU BUTA : Haa, aku tengok satu artikel tu kan ustaz kata, lelaki sebenarnyer 2x ganda kuat cemburu dari permpuan . betulkah ? aku okay je cemburu nie tapi jangan sampai semua tak bagi , nak berkawan pun tak bagi . aku nie memang suka berkawan dengan semua orang . Ada lelaki jealous sampai nak belasah bagai, open minded laa . trust your partner. aku suka dengan cara cmni kalau nak tunjuk cemburu pon : "Amboii , ramainyer kawan kat U/Office , kawan kawan jugak ye, jangan lupa yg kat sini" haa, kat manis cmtu . hehe , perempuan pon taknak buat hal ^_^. 

RAJIN : Kalau waktu sekarang nie kita boleh tengok apa je tindakan dia kalau dapat sesuatu kerja . haa, aku lagi suka yang express buat kerja . senang kalau nanti dah kawen , kalau kita demam ke or pape laa . atleast dia boleh tolong kita kat rumah . Sekurang kurangnya pandai lah masak sikit sikit kan .. nanti kalau isteri tak masak, awok pon melopong je tak buat pape ? . sekali sekala tu masak laa jugak ye . huhu . pembersih dan pengemas penting tu .. kalau suami punn pemalas nak kemas baju sendiri or nak basuh baju sendiri, nak harapkan isteri je .. heh ,, tu memang tak patut ! Apa yg penting ? "kerjasama" . yeaah :)

PENDENGAR SETIA : Aku sekarang nie masih tercari cari lagi siapa yang sudi menjadi pendengar setia aku . Sebab aku nie sangatlah suka meluah rasa,berkongsi cerita dan suka mintak pendapat orang yang aku sayang dan terdekat . Tapi , susahkan nak jumpa , ye laa kadang kadang dia dengar memang dengar tapi sebulan lepas tu ..... terus lupa , pergghh ! memang aku nak berangin je laa kan kalau cmtu . Aku paling sensitif kalau orang lupa apa yang sangad lah penting bagi aku macam birthday, tarikh mula kenal, tarikh mula couple . Aku kalau boleh semua yang berkaitan dengan diri kami, aku simpan leklok . biar tu jadi kenangan . Pape pon aku suka orang banyak nak tau pasal aku sebab aku no hal nak berkongsi cerita dengan orang yang aku sayang :)

MENJAGA MARUAH : Yang nie just for yang tak ke alam perkhawinan lagi . maruah tu penting , lelaki sepatutnya pandai jaga maruah kekasihnyer lagi lagi dia nak buat perempuan tu jadi suri hatinyer . Tak ajak buat benda tak elok, kiranya pandai jaga kita lahh ! Aku paling tabik kalau orang nak jumpa aku, mintak izin dengan abah and ibu . Tapi buat masa sekarang nie memang tak laa sebab abah pun sebenarnyer tak kasi aku layan layan lelaki time tengah belajar . Lepas habes belajar baru dia bagi green light . so, setelah aku kecundang dengan kisah percintaan aku yang dah banyak kali nie .. Lepas nie aku nak ikut kata abah yang nak aku cari lelaki yang ada pendidikan agama, bukan lelaki yang suka main main je, lelaki yg pikir masa depan & cukup sifat . Sekarang kita searching mana yang berkenan je okay :)

Okay fine ! *MELTING :)







InsyaAllah . Bersamalah kita lakukan ..

Sabda Rasulullah s.a.w :
"Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih dilautan..."

♥ 7 Ayat-ayat Cinta yang Kekal Selamanya ♥

1. Bismillahhirrahmannirahim:
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah:
AMINNNN ...
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirullah:
jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah:
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquatai llahbillah:
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah:
jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Lailahaillallah:
bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang-orang yang terpilih olah Allah...

Monday, November 5, 2012

Kenapa Bukan Dia ...

1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapka
n pertolongan ALLAH.

4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yangg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA.. PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.
Assalamualaikum .. Kita nie hanya insan biasa kan yang sedang mencari cari kehidupan yang sebenar dan sempurna ,, tak susah dan tak senang untuk mengecapinya asalkan punya matlamat, cita cita, usaha, doa dan tawakal . betul tak ? hmm, aku pun masih tercari cari kebahagian yg terselit di dalam kehidupan yg sempurnaa . Dalam nie bersama lah kita bermunasabah diri, memperbetulkan diri dan cuba untuk menjadi yang terbaik di antara yang terbaik . Mana yang salah harap diperbetulkan :)