Friday, November 9, 2012

Tulang Rusukku ...

 Sebagai seorang insan bernama perempuan naluri mencintai, ingin dicintai, menyanyangi dan ingin disayangi sememangnya tidak dapat disangkal lagi . Dalam kehidupan ini Allah sudah menjanjikan kita akan hidup dalam berpasangan iaitu perempuan dan lelaki dan antara cepat mahupun lambat je semua itu akan hadir . bagi yang cepat, alhamdulillah syukur sangat dan bagi yang lambat percayalah Allah sedang sediakan yg terbaik untukmu dan ingin kamu mempersiapkan dirimu untuk menjadi yg terbaik . Cuma KESABARAN , ya kesabaran selalunya membuatkan manusia menyerah dengan ujian nie . Seperti aku, pernah mendapat kasih sayang yg manusia biasa menikmatinya ketika berada di alam "couple" . tidak dinafikan, memang seronok, bahagia, suka, gembira dan sebagainya .. Tapi itulah Allah maha adil, dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya lalu memisahkan hubungan yg sudah dijalinkan dan kadang kadang alasan perpisahan itu langsung sukar diterima pakai oleh akal kita .. Itulah kita dalam hidup nie .. sekuat mana kita jaga, sedalam mana rasa cinta, setenguh mana ikatan kita tapi jika ditakdirkan dia bukan untukmu maka itulah yang harus diterima . Kadang kadang manusia tak sedar apabila dia sudah kehilangan org yang dia cinta, kasih dan sayang maka dia sudah tidak mempunyai apa apa, kosong dan sunyi . Maka, haruslah ingat yang diatas sana masih ada untuk kita iaitu Allah . mengadulah dan merimtih lah kesedihan, kedukaan, kekecewaan dan kerungsingan yang dihadapi . Allah maha pengasih dan maha penyayang , InsyAllah dia akan membantu hambanya . Kadangkala orang yang paling mencintaimu tidak akan pernah menyatakan rasa cinta kepadamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya .Dan apabila dia hilang dari pandanganmu maka kau akan menyedari dia adalah cinta yang tak pernah kau sedari . Percaya kepada jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah , tak salah nak suka dan mencari kerana Allah tidak pernah melarang kita dari berusaha . Janganlah jadi seseorang yang hanya menunggu bulan jatuh ke riba . Setiap apa pun memerlukan usaha, usaha jangan dipandang dengan memikat orang . tidak , usaha mengenali orang, usaha menguji orang, usaha menilai orang dan usaha memahami orang . Allah tidak kejam cuma dia hanya mahu kita bersabar dan mencari apa yang sedang atau sudah disediakan olehNYA . Janganlah Bersedih wahai hati, Allah tahu apa yg kau inginkan . Imamku, Jodohku,Suamiku,Temanku dan Kekasihku .... Aku menunggumu :)

No comments:

Post a Comment