 |
Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira .
|
Salah ke kalau kita tak bersedia lagi nak menerima orang baru utk menjadi cinta hati kita ? Berdosa ke kita kalau nak berusaha melupakan cinta hati lama dulu sebelum menerima yg lain ? Ya Allah, ujian apakah yg kau berikan kepadaku .. aku tidak mahu membuat hati yg lain terluka , tidak mahu timbulnya rasa benci mereka pada diriku .. aku sememangnya bersyukur ya Allah kerana kau memberikan ku terlalu ramai pilihan tetapi kenapa , kenapa , kenapa hatiku masih ego dan keras untuk menerima dan memilih sesiapa .. Adakah belum tiba masanya lagi ? adakah aku belum jumpa orang yg sebenarnya ? Berikanlaa ku jawapan diatas persoalanmu nie ya Allah .. hamba jahil, hamba tidak mengetahui apa pun tapi kau maha kuasa keatas hamba dalam menentukan jalan hidup hamba .. Aku akui yg Allah sudah sediakan yg terbaik untukku , itulah bila pikir balik . "
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yg lain akan dibukakan. Tetapi kita sering terpaku terlalu lama pada pintu yg tertutup sehingga tidak melihat dan sedar yg pintu lain sudah tersedia utk kita" hmm,, aku tak sedar ke pintu yg lain sudah terbukak ? ke aku masih menantikan pintu yg tertutup itu terbukak ? entah laaa .. semua nie hanya merumitkan .. Perlu ke aku bersabar dulu ? terus menunggu sehingga aku betul betul jumpa ? tapi macam mana dgn yg lain .. boleh ke dorang terima keputusan aku nie .. takpe laa, buat masa nie misi seorang perempuan sebelum bertemu dengan jodohnya hanya ada tiga .. Pertama, melupakan kisah lama .. Kedua, berusaha menjadi yg TERMAHAL di mata lelaki .. Ketiga, perbaiki diri untuk menjadi yg terbaik supaya kita dapat yg terbaik .. InsyaAllah ..
No comments:
Post a Comment